Make your own free website on Tripod.com

GELOMBANG EDITOR SIBER

RISALAH UMMAT - Media Gerakan Reformasi Malaysia

Suatu Pengenalan

Hari ini, 20 Oktober 10.00 Malam, genap 30 hari Anwar Ibrahim pejuang negara ditahan dan dipenjarakan. Sebagai menyambung dan memperteguhkan semangat perjuangan reformasi, maka RISALAH UMMAT tampil sebagai memenuhi panggilan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sejak detik pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, gelombang deras semakin melanda menuntut dilaksanakan reformasi menyeluruh di dalam setiap aspek pengurusan negara.

Reformasi yang dituntut ini sebenarnya adalah hasrat mendalam rakyat yang mahu negara tercinta ini ditadbir dengan dasar dan amalan pengurusan negara bertunjangkan prinsip kebenaran dan keadilan untuk semua.

Inilah pegangan kita bersama yang menginginkan agar terbinanya nanti generasi yang seimbang dan saksama (ummatan wasata) – persis prinsip yang diwarisi daripada risalah para anbiya’ dan mursalin.

 

 

Matt Siber Bukit Damansara.

20 Oktober 1998