Make your own free website on Tripod.com

MAHATHIR !!! RAKYAT BUKAN BODOH

(Sebuah Puisi Kebangkitan Rakyat)

 

 

MMMMahathir !

Rakyat Tidak Bodoh

Meskipun kau cuba memperbodoh

Namun rakyat tak mudah diperbodoh

Kerna Rakyat Bukan BBBodoh.

 

Ya !!

Barangkali ..

Mereka tidak sebijak anak isterimu

Namun ..

Tidaklah mereka sebodoh balacimu itu.

Barangkali ..

Canggih benar teknologi pembodohanmu

Namun ..

Tidak semudah itu rakyat mempercayaimu.

 

 

Sudahkah kau hitung hai Mahathir !!

 

Berapa kontena akhbarmu tercetak

Yang kau paksa hebahkan kepalsuan

Berapa liter air liur jurubicaramu tersembur

Yang kau suruh ceriterakan fitnah pak kadok

Berapa banyak tenaga fikir terbazir

Yang kau upah mencari hujjah

Membenar segala kebodohan terlanjur

 

Pun begitu …

Rakyat masih tak boleh kau pengaruhi

Rakyat masih tidak mempercayai

Rakyat masih tetap meyakini

Yang kau ceriterakan itu hanya sebuah illusi

Terjemahan dari kebimbangan di hati

 

 

MMM Mahathir

Kau lihatlah sendiri..

Mereka yang bangun membela Anwar itu,

Mereka yang bangkit menentangmu itu

Mereka yang mendesak pengunduranmu itu

Mereka yang menyedari pembohonganmu itu

Mereka yang dah tahu tembelang pemukamu itu

Adalah rakyat jelata di bawah pemerintahanmu.

 

MMMMahathir !!!

Kau perhatilah sendiri

 

Mereka yang berarak dijalanan menuntut keadilan

Mereka yang menjerit membenci kezaliman

Mereka yang berduyun menagih kebenaran

Mereka yang memekik anti kebatilan

Mereka yang mempertikai wibawa kerajaan

Mereka yang meragui profesionalisme kepolisian

 

Adalah rakyat jelatamu yang punya kesedaran

Adalah rakyat jelatamu yang tidak kurang pelajaran.

 

Mereka adalah rakyat berpendidikan

Yang belajar di IPTA kerajaan

Yang berdaftar di IPTS tempatan.

Yang "educated" dan berkedudukan

Yang "knowledgeble" dan mahu kongsi pengetahuan

Yang Well Informed dan mahu ke hadapan

Yang mahir IT dan mahu segerakan makluman

 

Mereka Bukan Bodoh.

Mereka bukan tak baca Utusan

Mereka bukan tak tahu apa ada di Berita Harian

Mereka bukan tak mengerti berita di NST, Star dan The Sun

Mereka bukan tidak faham berita di NanYang dan juga Tamil Nesan

Mereka bukan bodoh dan boleh dipermainkan.

 

Malahan …

Mereka bukan tidak mendengar berita Radio pelbagai saluran

Mereka bukan tidak tonton TV Swasta atau TV kerajaan

 

Tapi mereka bukan bodoh.

 

Mereka faham apa yang ada di SBC dan BBC

Mereka juga tahu menilai berita CNN dan CNBC

 

Mereka bukan bodoh.

 

 

MMMMahathir !!!

Kau renunglah sendiri

 

Mereka yang bangkit membela si Anwar itu

Bukannya kerana membenci tubuh badanmu

Tetapi …

Mereka meluat dengan karenahmu

Memperdaya rakyat dengan cerita palsu

Mereka sedar tipu dayamu

Gilakan kuasa sampai tak malu menipu

Mereka tak sangka begitu sekali tingkahmu

Tergamak menghina dan menyiksa anak didikmu

Mereka dah tahu tembelangmu

Mahu pertahan kroni dan kerabatmu

Tetapi…

Jangan kamu sangka mereka tak tahu

Mereka amat sedar dan tak mahu lagi ditipu.

 

 

MMMMahathir !!!

Cuba kau amat-amati sendiri

 

Mereka yang berarak dijalanraya

Kerana membantah kezaliman yang nyata

Mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka

Kerana simpati pada yang teraniaya

Mereka yang bersujud di Masjid Negera

Kerana mengadu pada Yang Esa

 

Adalah warga negara Malaysia

Yang sebelum ini amat percaya

Akan wawasan yang kau bawa.

Namun…

Kini mereka amat kecewa.

Di sebalik kemajuan yang kau bawa

RRRupa-rupanya

Rakyat jelata hanya merasa sepahnya

Kerana manisnya

Disebat kroni Mamak Bendahara

 

Bila ada yang sedar dan tidak rela

Kau singkir dia

Kau aibkan dia

Kau aniaya dia

Kau penjarakan dia

Kau cuba lenyapkan dia

Dengan tipudaya

dan kuasa yang kau ada.

 

Tapi kau lupa

Kuasa sebenar ada pada Rakyat jelata

Kuasa hakiki ada pada Yang Esa.

 

 

Kau boleh lakukan segala-gala

Tapi rakyat tidak sebodoh yang kau rasa

Rakyat tahu siapa pejuang siapa pembela

Rakyat tahu siapa petualang dan siapa penderhaka

Kerna Rakyat Bukan Bodoh seperti kau sangka

 

Kau harus tahu Mahathir !!!

Mereka yang bersusun di jalanraya

bukannya diupah.

Mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka

bukannya dibayar.

Mereka yang bertakbir di masjid

Bukannya disuruh

 

Semua mereka datang sendiri

Semua mereka kelurakan wang sendiri

Mereka bayar tambang teksi duit sendiri

Mereka bayar tambang bas duit sendiri

Mereka bayar minyak kereta duit sendiri

Mereka bayar tambang komuter duit sendiri

Mereka bayar minyak motor duit sendiri

 

Tiada siapa paksa mereka

Tiada sesiapa mempengaruhi mereka

 

Mereka tahu kenapa mereka keluarkan belanja

Mereka tahu pengorbanan dibuat untuk apa

Mereka tidak mengharap apa-apa

 

Mereka datang untuk nyatakan sokongan

Mereka datang untuk tunjukkan simpati

Mereka datang menuntut Keadilan

Mereka datang kerana bencikan Kezaliman.

Mereka datang kerana cintakan perjuangan

 

Mereka tahu mereka harus berkorban

Mereka tahu risiko yang ada di hadapan

Mereka tahu silap haribulan polis akan tahan

Mereka tahu kesakitan pukulan cota dan rotan

Mereka sedar keperitan gas pemedih mata dan air pancutan

Tapi itu semua boleh mereka tahan.

 

Kerana pemimpin mereka telah berpesan

Tiada perjuangan tanpa ada pengorbanan.

 

Kerana pemimpin mereka telah tunjukkan teladan

Mengepalai perjuangan dan mengetuai pengorbanan

Bukan sekadar ditahan

Bukan sekadar menghadapi dakwaan

Malahan menahan pukulan dan penangan

Sampai lebam, sedera dan kesakitan

 

Mahathir,

Apa kau fikir rakyat akan berundur kebelakang

Selepas melangkah memulakan perjuangan ?

Selepas bangkit dari kesedaran ?

Selepas bersumpah membela keadilan

 

Silap sekali congakmu Tuan,

Sekali rakyat melangkah kehadapan

Pantang mereka undur kecuali terkorban

Atau pulang membawa kemenangan.

 

Tengku Mahathir,

 

Yang menyalak dijalan raya itu kau ingat siapa.

Yang menjulang potret si Anwar itu kau agak siapa

Yang mencerca nama mu itu kau rasa siapa.

Semuanya kau tahu

Adalah anak-anak Malaysia, anak Merdeka.

Yang Sayangkan Negara cintakan Kemakmurannya.

Yang mahukan kekayaan negara diagih samarata

Yang Mahukan Perompak harta negara disingkir segera

 

MMMMahathir

 

Rakyat sudah bangun.

Mereka bangun menuntut kebenaran

Mereka bangun menuntut Keadilan.

 

Kau lihatlah sendiri Mahathir

 

Yang datang menuntut pengundurunmmu itu..

Bukannya sekadar Cina sahaja

Bukannya India semata-mata

Bukannya Melayu cuma

 

Tapi yang erat berpaut tangan itu…

Dari keturunan Melayu, Cina dan India

Iban, Kadazan, Murut ….. dan

entah apa-apa lagi bangsanya

Dari yang muda sampai yang tua

Yang punk sampailah yang berserban

Yang berjilbab sampailah yang berminiskirt.

Yang berkot sampailah yang bersinglet

Yang Naik Mercedes sampailah yang berjalan kaki.

Yang bertatih sampailah yang bertongkat

Yang buta sampailah yang pekak.

Malah yang bertangan kosong sampailah yang bersenjata.

 

Takkan itu pun kau tak nampak.

 

Memang benar Mahathir !!!

Kau dipilih secara demokrasi

Kedudukanmu itu wajar dihormati

Menukarkanmu tidak boleh sesuka hati

 

Tapi …

Pemimpin tua sepertimu harus mengerti

Signal rakyat harus cepat diperhati

Jangan cuba buat-buat tak mengerti

Kelak binasa seluruh negeri.

 

Sedarlah wahai Tuan !

Kalau rakyat jelata bangun memberontak

Bermakna kepemimpinanmu sudah ditolak

Kalau rakyat sudah bangkit membentak

Bererti kehadiranmu tiada siapa yang hendak

 

Yang mereka tolak bukannya kerajaan

Yang mereka tolak adalah kepemimpinan

Jika kau masih mahu bertahan

Rakyat akan terus menyatakan perasaan

Mereka akan terus berarak dijalanan

Mereka akan terus memekik menuntut perubahan

Mereka akan teruskan Reformasi menagih keadilan

 

Lupakah kau Mahathir !!!

Dulu kau juga yang kata …

Akan turun kalau ada signal dah tiba.

Dulu kau juga yang beritahu kami

Akan berhenti kalau kau tidak disukai lagi.

Kini…. kau sudah tatapi sendiri

Kemarahan rakyat padamu tak tertahan lagi

Kebencian rakyat padamu tak tersembunyi lagi

 

Apa akhir-akhir ini …

Telinga kau dah pekak tak mendengar lagi

Mata kau sudah buta tak melihat lagi

Hatimu sudah kelam tak merasa lagi

 

Sampai tak sedar melihat apa yang tertera

Sampai tak faham apa yang nyata

 

Nak ditunggu apa lagi Mahathir ?

 

Sampai rakyat membakar apa saja dijalanraya

Sampai potretmu dipijak dan di kencing semuanya

Sampai keturunanmu dicaci maki semaunya

Sampai nyawamu dijadikan tukaran sekupang dua

Atau …

Sampai kuburmu rakyat korekkan

Sampai kafanmu rakyat belikan

 

Sampai kapan mahu kau bertahan?

Bila masa nak kau serahkan ?

Kapan !!! Bila !!! Kapan !!!

 

 

Raden Mohamad Chua Kitingan a/l Sinnathamby Stephen Jugah

Wisma Semenanjung

Lorong Perlis off Jalan Sabah,

Sarawak.