Make your own free website on Tripod.com

 

KEGANASAN POLIS TERBUKTI LAGI

 

Kuala Lumpur 20 Okt (LMIIS) – Keganasan polis terbukti lagi apabila 35 orang daripada sejumlah 133 yang ditangkap pada Sabtu lalu mengadu kepada majisteret tentang kecedaraan yang disebabkan pukulan oleh pihak polis.

Mereka adalah sebahagian daripada yang cedera semasa demonstrasi aman menyokong Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid Negara dan Istana Negara.

Mereka kini mendapat rawatan di hospital, demikian menurut DCP Kamaruddin Ali, Ketua Polis Bandaraya Kuala Lumpur.

DCP Kamaruddin juga menyebut pihak polis menggunakan rotan, tidak cotta.

Yang menghairankan bagaimana kecederaan boleh berlaku di kepala dan muka seseorang jika hanya menggunakan rotan, tanya seorang penyokong Reformasi.

Kecederaan tersebut juga membuktikan bahawa pihak polis Malaysia sangat tidak profesional dalam menjalankan tugas mereka, dan bertindak buas dengan memukul orang ramai.

Polis juga seringkali mengeluarkan kenyataan yang merupakan pembohongan untuk menutup keganasan dan ketidakprofesionalan mereka.

Keganasan pihak polis Malaysia, sebagaimana yang pernah didakwa oleh Sdr. Anwar Ibrahim, sudah hampir menyerupai Gestapo dan Mossad dalam menangani kebangkitan rakyat yang sedang menuntut perubahan dan reformasi.

Bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor tidak bersetuju dengan gelaran itu, kerana menurut beliau, "kalau lanun, tak apa"!

 

Komen LMIIS: KPN = Ketua Pirat Negara?