Make your own free website on Tripod.com
 
PERISYTIHARAN ADIL
(PERGERAKAN KEADILAN SOSIAL)

Sesungguhnya, sesudah saya sendiri merasai betapa besarnya azam dan iltizam rakyat menuntut supaya dilakukan perubahan-perubahan besar di negara ini demi mencipta sebuah masyarakat madani,

dan;

demi cita-cita mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, mulia, bermaruah dan berprinsip,

dan;

demi mencipta masyarakat Malaysia yang aman, tenteram, harmoni dan sejahtera,

dan;

di atas keyakinan bahawa semua itu hanya dapat dicapai apabila terdapat keadilan,

maka;

didorong oleh rasa prihatin di atas desakan rakyat yang menuntut keadilan, dengan ini saya maklumkan penubuhan sebuah pertubuhan yang dinamakan PERGERAKAN KEADILAN SOSIAL dengan nama singkatnya "ADIL".

ADIL akan segera didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966 (Pindaan 1984).

ADIL akan menjadi wadah bagi menyatukan semua golongan rakyat yang inginkan pembaharuan dan reformasi politik, ekonomi dan sosial berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia dan undang-undang negara.

ADIL akan bergerak secara aman, dan ADIL menolak semua bentuk kekerasan.

ADIL menolak semua undang-undang lapuk ciptaan penjajah yang menyekat keadilan, keseimbangan politik dan ekonomi, serta hak-hak asasi manusia.

ADIL akan berjuang menegakkan sebuah sistem kehakiman yang bebas dan telus.

ADIL akan mempertahankan sistem demokrasi berdasarkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

ADIL akan mendaulatkan kuasa rakyat dengan menggunakan proses-proses demokrasi.

ADIL akan menegakkan prinsip-prinsip pertanggungjawaban dan ketelusan dengan mengambil kira suara dan aspirasi massa demi menjaga amanah rakyat.

Oleh itu, dengan sukacitanya saya maklumkan objektif ADIL adalah seperti berikut:
 

Pada peringkat awal ini, ADIL menumpukan usaha kepada aktiviti berikut:
 

Dengan segala takzimnya, saya umumkan nama-nama Ahli Jawatankuasa Penaja PERGERAKAN KEADILAN SOSIAL yang terdiri daripada:
 
1.   Dr. Wan Azizah Bte. Dr. Wan Ismail - Presiden
2.   Dr. Chandra Muzaffar – Timbalan Presiden
3.   En. Yusri Mohamad - Setiausaha
4.   En. Goh Keat Peng - Bendahari
5.   En. Ahmad Azam Abd. Rahman
6.   En. Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
7.   Pn. Ainon Mohd
8.   En. Amidi Abdul Manan
9.   En. Benedict Topin
10. Pn. F. R. Bhupalan
11. Dr. Halili Rahmat
12. En. Harrison Ngau
13. Pn. Hendon Mohammad
14. Pn. Irene Fernandez
15. Prof. Madya Dr. Maznah Mohamad
16. En. Mohideen Kadir
17. Dato’ Mokhtar Shafie
18. Dr. Muhammad Nur Manuty
19. En. Ngeow Yin Ngee
20. En. Ng Lum Yong
21. En. Rustam A. Sani
22. En. Saari Sungib
23. Dato’ Syed Ahmad Jamal
24. En. Zahir Hassan
25. En. Ahmad Kassim
26. Pn. Yasmin Anum Mohd Yusof
27. En. Othman Talib

Sukacita juga saya umumkan nama para penyokong PERGERAKAN KEADILAN SOSIAL.

1.   Dr. Abdul Aziz Bari
2.   Dato’ Seri Anwar Ibrahim
3.   En. Gan Teik Chee
4.   Pn. Hamidah Mohd. Noor
5.   Prof. Ismail Hamid
6.   Prof. Johan S. Abdullah
7.   En. Kamalin Yahya
8.   Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman
9.   Dr. Khalid Hassan
10. Pn. Mariam Mohd. Hashim
11. Dr. Nik Aziz Hj. Nik Hassan
12. Sdri. Nurul Izzah Anwar
13. Pn. Ruzaini Mohd. Hashim
14. Prof. Shaharir Mohd. Zain
15. En. Shamsul Iskandar Mohd Akin
16. En. Sivarasa Rasiah
17. Dr. Subramaniam a/l Sithambaram Pillay
18. Dato’ Wan Ismail Wan Mahmud
19. Dato’ Dr. R.S. McCoy
20. Prof. Abdullah Hassan
21. Dr. Francis Loh Kok Wah
22. Dr. Mustafa K. Anuar
23. Dr. Badriyyah Md. Salleh
24. Dr. Khoo Boo Teik

ADIL adalah sebuah Pergerakan bertaraf nasional, dan dengan demikian ADIL akan menubuhkan cawangannya di seluruh negara.

ADIL membuka pintunya kepada semua individu yang berkongsi cita-cita dan idealisme.  

ADIL mempelawa semua individu yang berusia 18 tahun ke atas, daripada semua kaum, agama dan kepercayaan menjadi ahli.  

Dengan ini ADIL mengajak semua golongan dalam masyarakat termasuk para ulamak, pemimpin agama, ilmuwan, golongan profesional, ahli-ahli politik, para aktivis NGO, budayawan dan seniman, ahli-ahli korporat, para pekerja, pegawai-pegawai kerajaan, peniaga kecil, penjaja, petani, nelayan, belia dan suri rumah menjadi ahli ADIL.

Kami menggesa kerajaan mendaftarkan ADIL dan tidak menggunakan alasan politik sempit untuk menafikan hak rakyat berorganisasi.

Kami juga menggesa kerajaan supaya menghentikan penangkapan di bawah ISA serta penggunaan ugutan dan intipan terhadap rakyat yang menuntut reformasi, keadilan dan hak-hak asasi.  

Kami berdoa moga-moga Tuhan memberi Taufik dan HidayahNya kepada ADIL dan menolong kami melaksanakan tujuan kami menubuhkan PERGERAKAN KEADILAN SOSIAL (ADIL).

 

 
Dr. Wan Azizah bte. Dr. Wan Ismail
Presiden Jawatankuasa Penaja ADIL