Make your own free website on Tripod.com
 
BERITA PENTING YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA TEMPATAN

Saya ialah seorang wartawan Melayu di sebuah media cetak utama di Kuala Lumpur. Sejak Anwar dipecat saya ditugaskan oleh majikan saya untuk menyediakan soal selidik untuk digunakan oleh sebuah agensi kajian tentang pendapat umum. Agensi itu ditugaskan menjalankan kajian terhadap 2500 responden setiap minggu.

Mengikut majikan saya soal selidik itu diarahkan sendiri oleh Mahathir untuk dilakukan. Hasil soal selidik itu pada asalnya akan diterbitkan untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap keputusan Mahathir dalam isu pemecatan Anwar dari Kerajaan dan UMNO. Majikan saya menjangka soal selidik itu dapat digunakan untuk membantu Mahathir menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang.

Tetapi hasil selidik yang memakan kos RM25,000 (RM dua puluh lima ribu) setiap minggu itu tidak memihak kepada Mahathir dan Barisan Nasional. Berdasarkan hasil soal selidik itu sudah pastilah ia tidak akan diterbitkan. Berdasarkan jawaban soalan (3) pilihanraya tidak mungkin akan diadakan dalam tempoh masa yang terdekat ini. Berikut ialah keputusan soal selidik tersebut yang menujukkan rakyat tidak lagi yakin terhadap kepimpinan Mahathir dan Barisan Nasional. Ini juga menunjukkan peranan media dan kemen para pemimpin UMNO untuk menyakinkan rakyat tidak berjaya.

Sekian. Salam reformasi.

WARTAWAN MELAYU SEJATI
 
P.S. Saya memecahkan rahsia hasil soal selidik majikan saya ini ialah kerana saya tidak tahan lagi melihat penindasan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar. Ini juga adalah sebagai tanda protes saya kepada majikan saya yang banyak memalsukan maklumat dan fakta tentang isu pemecatan Anwar
 
 
Soalan           4 Sept           11 Sept          18 Sept         25 Sept
1.  Setujukah anda tindakan PM memecat Anwar sebagai TPM? Setuju   25% 
Tak setuju    68% 
Tak komen   7%
Setuju   22% 
Tak Setuju   73% 
Tak komen   5%
Setuju   21% 
Tak setuju   75% 
Tak komen   4%
Setuju 16% 
Tak setuju  83% 
Tak komen   1%
2.  Apakah yakin Anwar bersalah? Ya   21% 
Tidak   69% 
Tak komen   10%
Ya   20% 
Tidak   73% 
Tak komen   7%
Ya   20% 
Tidak   76% 
Tak komen   4%
Ya   12% 
Tidak   86% 
Tak komen   2%
3.  Jika pilihanraya diadakan sekarang, anda akan sokong BN? Ya   63% 
Tidak   36% 
Tak komen   1%
Ya   59% 
Tidak   40% 
Tak komen   1%
Ya   51% 
Tidak   47% 
Tak komen   2%
Ya   42% 
Tidak   56% 
Tak komen   2%